Pemain PSIS Semarang tunjukkan ‘fair play’ beri pertolongan cemas kepada lawan, perlu jadi contoh kepada pemain Liga Super

221

Pada perlawanan Liga 1 Indonesia antara PSIS Semarang dan Madura United baru-baru, satu insiden menimpa pemain Madura United, Ricki Ariansyah apabila beliau tidak sedarkan diri selepas menjaringkan gol pada minit-minit akhir permainan selepas bertembung dengan pemain lawan.

Tindakan pemain PSIS Semarang, Reva Adi Utama yang pantas memberi bantuan kecemasan bagaimanapun berjaya menyelamatkan pemain itu daripada kecederaan yang lebih teruk lagi.

Respon pantas yang dilakukan oleh Reva Adi itu menerima pujian ramai pihak terutama oleh para peminat Madura United yang berterima kasih ke atasnya.

Pertolongan cemas adalah amat penting apabila seseorang pemain mengalami kecederaan, terutamanya di bahagian kepala, kerana ia berisiko untuk membawa maut.

Baru-baru ini, Liga Super juga dikejutkan dengan insiden yang menimpa penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas bertembung dengan pemain Negeri Sembilan FC sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Respon yang diberikan terhadap kecederaan itu dilihat mengambil masa yang agak lama walaupun kecederaan itu melibatkan bahagian kepala.

Apa-apa sahaja kecederaan di bahagian kepada adalah amat sensitif dan memerlukan perhatian secepat mungkin.

Apa yang dilakukan oleh Reva Adi dan pemain Madura United yang lain boleh dijadikan contoh bagaimana sepatutnya reaksi pantas ditunjukkan apabila berlaku kecederaan yang serius.

Pemain-pemain juga sepatutnya tahu dan diajar mengenai pertolongan cemas kerana mereka merupakan individu yang berada di atas padang dan dekat dengan lokasi kejadian.

Jika apa-apa berlaku, mereka sepatutnya menjadi orang yang awal memberikan pertolongan cemas kerana jika terlambat satu saat sekalipun, ia boleh membawa kesan yang amat besar, mungkin boleh membawa maut.

Pada perlawanan Liga 1 Indonesia antara PSIS Semarang dan Madura United baru-baru, satu insiden menimpa pemain Madura United, Ricki Ariansyah apabila beliau tidak sedarkan diri selepas menjaringkan gol pada minit-minit akhir permainan selepas bertembung dengan pemain lawan.

Tindakan pemain PSIS Semarang, Reva Adi Utama yang pantas memberi bantuan kecemasan bagaimanapun berjaya menyelamatkan pemain itu daripada kecederaan yang lebih teruk lagi.

Respon pantas yang dilakukan oleh Reva Adi itu menerima pujian ramai pihak terutama oleh para peminat Madura United yang berterima kasih ke atasnya.

Pertolongan cemas adalah amat penting apabila seseorang pemain mengalami kecederaan, terutamanya di bahagian kepala, kerana ia berisiko untuk membawa maut.

Baru-baru ini, Liga Super juga dikejutkan dengan insiden yang menimpa penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas bertembung dengan pemain Negeri Sembilan FC sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Respon yang diberikan terhadap kecederaan itu dilihat mengambil masa yang agak lama walaupun kecederaan itu melibatkan bahagian kepala.

Apa-apa sahaja kecederaan di bahagian kepada adalah amat sensitif dan memerlukan perhatian secepat mungkin.

Apa yang dilakukan oleh Reva Adi dan pemain PSIS Semarang yang lain boleh dijadikan contoh bagaimana sepatutnya reaksi pantas ditunjukkan apabila berlaku kecederaan yang serius.