Sukar untuk terima kami bolos di saat-saat akhir tapi itulah bola sepak – Cameron Ng

281

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita B-20, Cameron Ng mengakui kecewa dan sukar untuk menerima hakikat yang pasukannya tewas akibat bolos di saat-saat akhir perlawanan yang menyaksikan mereka tumpas 1-0 di tangan Kemboja petang tadi.

“Sudah pastinya kami kecewa kerana kalah kerana pemain-pemain sudah berikan yang terbaik tapi apabila kami bolos di masa tambahan sukar untuk diterima tapi itulah bola sepak,”

katanya.

Skuad Malayan Tigress kini sedang bersaing pada kelayakan Piala Asia Wanita B-20 dan kekalahan ini membuatkan laluan mereka untuk layak ke pusingan kedua kelayakan lebih sukar.


Mengakui mereka berdepan tugas sukar pada perlawanan kedua menentang Myanmar pada 12 Mac ini, Cameron berkata mereka akan memberikan segala-galanya untuk memastikan misi mendapat tiga mata penuh dapat direalisasikan.

“Untuk perlawanan menentang Myanmar nanti sudah pastinya kami perlu menang jika mahu layak ke pusingan kedua.”

Tambahnya lagi, selain mahukan kemenangan beliau juga mahu melihat persembahan anak-anak buahnya secara keseluruhan.

Dalam pada itu, skuad negara dibarisi oleh ramai pemain muda dengan purata usia 17 tahun.

Untuk perlawanan terakhir nanti, skuad negara bukan sahaja perlu menang untuk kutip tiga mata tetapi juga perlu menang dengan jumlah jaringan 2-0 dan tidak melepaskan gol supaya dapat kelebihan perbezaan jaringan.