Video & Soratan

“Kalau marketing kita dah umum lebih awal tapi kita umum saat akhir sebab nak Soloz lebih bersedia”

<\div>

Temubual eksklusif bersama Pengasas pasukan e-sports Homebois iaitu Daddyhood setelah meraih kemenangan kedua menewaskan Team Secret dengan 2-0 sebentar tadi. Homebois memulakan saingan MPL mereka dengan langkah kanan apabila berjaya memperoleh dua kemenangan berturut selepas menewaskan juara bertahan Team Haq pada jumaat.

Daddyhood berkata turut berbangga apabila salah seorang pemainnya iaitu Chibii terpilih untuk menyertai pasukan kebangsaan Malaysia untuk temasya Sukan SEA nanti. Beliau berkata pemilihan Chibii adalah yang terbaik kerana pemain itu merupakan Jungler terbaik di negara termasuk pernah dinobat sebagai Most Valueble Player (MVP) sebelum ini.



Tonton Seterusnya