Kami terpaksa akur Myanmar pasukan lebih baik dari kami – Cameron Ng

137

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Cameron Ng tetap berpuas hati dengan aksi persembahan pemain-pemainnya walaupun mereak tewas 3-1 dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Asia Wanita B-20 sebentar tadi.

Menurut Cameron, mereka terpaksa akur kerana pasukan Myanmar adalah pasukan yang lebih baik berbanding mereka.


“Saya sangat gembira dengan cara pemain bermain, mereka beri 100% tapi hari ini pasukan yang lebih baik menang, jadi kami perlu akur dengan kekuatan mereka.

Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain kerana mereka cuba memberi cabaran dan melakukan gerakan apabila mendapat peluang dan apa yang paling saya gembira adalah kita dapat menjaringkan gol,”

katanya.

Kekalahan skuad Malayan Tigress menyaksikan mereka gagal untuk mara ke pusingan kedua kelayakan selepas tewas dalam kedua-dua perlawanan iaitu kepada Kemboja 1-0 dan Myanmar 3-1.

Tambahnya lagi, kualiti permainan pasukannya juga memperlihatkan peningkatan yang cukup positif dari perlawanan pertama.

“Sebelum perlawanan saya ada beritahu kepada kesemua pemain saya bahawa saya tidak mengutamakan keputusan, sebaliknya saya mahu melihat peningkatan kualiti permainan dan saya gembira apabila pemain mempamerkan aksi terbaik mereka.”

Dalam pada itu, Cameron juga kagum dengan semangat pemain-pemainnya walaupun mereka hanya menjalani latihan dalam tempoh dua minggu sahaja.

Skuad negara ke kelayakan kali ini adalah antara yang termuda apabila mempunyai purata usia pemain 17 tahun.

Sementara itu, beliau berkata dengan usia pemain-pemainnya masih muda, mereka mempunyai ruang dan peluang yang cukup cerah untuk masa hadapan.