‘Coach’ LTK sentiasa yakin saya akan jaringkan gol dan malam ini saya berjaya jaringkan dua – Seo Seonung

739

Pemain Perak FC, Seo Seonung mengakui kepercayaan yang diberikan oleh ketua jurulatih, Datuk Lim Teong Kim kepadanya memberi keyakinan kepadanya sehingga berjaya menjaringkan dua gol menentang Kuching City FC dalam perlawanan Liga Super sebentar tadi.

Katanya, Teong Kim sentiasa menyatakan keyakinan beliau kepadanya dan ia akhirnya membuahkan hasil pada hari ini.


“Beliau (Teong Kim) sentiasa berikan sepenuh keyakinan kepada saya dan berkata bahawa saya akan jaringkan gol.

Dan saya sangat gembira apabila akhirnya dapat menjaringkan gol pada hari ini dan mencatatkan kemenangan pertama musim ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dua jaringannya itu memastikan Perak mendapat tiga mata penuh melalui kemenangan 2-0 ke atas Kuching City di Stadium Perak.

Beliau tekad mahu terus menjaringkan lebih banyak lagi gol selepas ini dan akan mencuba sebaik mungkin.

Dalam pada itu, beliau memuji sokongan yang diberikan oleh para penyokong pada perlawanan tersebut.

“Mereka sangat luar biasa, saya dapat rasakan sokongan padu daripada mereka sepanjang perlawanan.

Apabila saya jaringkan gol dan mereka menjerit ia perasaan yang amat hebat.”

Tambah Seonung, beliau kini mahu fokus kepada perlawanan seterusnya menentang Sri Pahang FC di gelanggang sama Khamis ini.