Selepas berjaya dominasi Liga Malaysia, fokus JDT kini untuk berjaya di ACL

946

Sejak tahun 2013, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mendominasi saingan Liga Malaysia dengan meraih pelbagai kejuaraan antaranya Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Mereka juga telah mencipta pelbagai rekod termasuk rekod juara Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut.


Walaupun JDT kini boleh digelar sebagai raja bola sepak di Malaysia, namun motivasi tidak pernah luntur sebaliknya mereka menjadikan kemenangan sebagai satu ketagihan.

“Bagi saya one cannot be tired when it comes to winning! Saya punya motivasi ni kemenangan ini seperti satu ketagihan.

Jadi kita mahu lakukan lebih. Sebagai contoh kami unbeaten tiga kali, kami set rekod untuk jumlah jaringan dan jumlah bolos. Sasaran-sasaran ini adalah sebagai motivasi untuk kami capai,”

katanya dalam temubual eksklusif bersama sebuah radio popular tempatan pagi tadi.

Selepas mendominasi saingan liga domestik, fokus JDT kini beralih kepada saingan di peringkat tertinggi di Asia yang mana mereka akan bersaing di AFC Champions League (ACL).

“Jadi ketika ini sudah semestinya untuk fokus pada kejohanan ACL untuk melihat sejauh mana kami boleh pergi dengan pasukan-pasukan gergasi dari Asia dan ia bukan tugas yang mudah.”

Pada musim lalu, skuad Harimau Selatan berjaya mencipta sejarah apabila buat pertama kali mereka layak ke pusingan 16 ACL selepas beberapa musim mencuba.

Terdahulu, JDT juga pernah mencipta sejarah apabila berjaya menjulang Piala AFC pada tahun 2015.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen