JDT akan wujudkan pasukan bola sepak wanita apabila bajet kelab semakin baik

810

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini merupakan antara sebuah pasukan bola sepak gergasi di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.

Bagaimanapun disebalik kehebatan mereka dalam mendominasi bola sepak lelaki, JDT masih lagi belum mempunyai pasukan bola sepak wanita mereka buat masa ini.


Walaupun sering menjadi persoalan, pemilik JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris akhir tampil memberi penjelasan mengenai penubuhan pasukan bola sepak wanita JDT.

Menurut TMJ, sememangnya kelab sudah ada perancangan untuk wujudkan pasukan bola sepak wanita satu hari nanti, tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

“InsyaAllah pada masa akan datang apabila bajet kelab semakin improve, kami akan ada pasukan bola sepak wanita,”

katanya dalam temubual eksklusif bersama sebuah radio popular tempatan pagi tadi.

JDT tidak akan melakukan sesuatu perkara terburu-buru tanpa perancangan yang rapi.

Dalam pada itu, JDT baru sahaja menubuhkan pasukan futsal mereka yang kini sedang bersaing di Malaysia Premier Futsal League (MPFL).