TMJ mahu isu banjir diatasi dengan segera kerana sudah malu minta mangsa bersabar setiap tahun

1,129

Disebalik kesibukan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris dalam menguruskan pasukan bola sepak miliknya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), baginda tidak pernah mengabaikan urusan kebajikan rakyat di negeri Johor.

Ia telah dibuktikan apabila baginda antara yang terawal menghulurkan bantuan dan menyantuni mangsa-mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Baginda nyata simpati dengan nasib puluhan ribu mangsa banjir berharap sistem tebatan banjir dapat disegerakan supaya masalah banjir tidak lagi berlaku.

“Di kesempatan ini saya ingin untuk ucapkan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan dan juga Southern Volunteers yang memainkan peranan membantu mangsa-mangsa banjir.

Walaupun persiapan untuk bantu rakyat itu bagus tapi bagi saya apa yang lebih penting adalah untuk elak perkara ini berlaku setiap tahun. Di Johor sistem tebatan banjir ini sangat diperlukan.

Kesian kepada rakyat yang susah kerana harta benda dan rumah mereka rosak. Jadi saya harap kerajaan dapat bertindak sebaik mungkin. Saya pun kesian kerana setiap tahun saya turun saya kena minta mangsa bersabar, sampai bila saya nak suruh orang bersabar sebab saya pun malu nak cakap,”

katanya dalam temubual eksklusif bersama sebuah radio popular tempatan pagi tadi.

Oleh itu, TMJ harap masalah yang dihadapi oleh rakyat ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin supaya ia tidak berlanjutan dan berlaku lagi pada tahun hadapan.

Ketika ini mangsa banjir di Johor adalah lebih hampir 45,000 orang dengan membabitkan lebih 12,000 mangsa.

Dalam pada itu, baginda turut berkongsi mengenai penubuhan Southern Volunteers iaitu sebuah organisasi NGO yang berada di bawah naungannya dengan tujuan untuk menggalakkan golongan beliau untuk aktif dengan aktiviti masyarakat.

“Secara rasmi Southern Volunteers ditubuhkan pada Disember 2022 bagi menggalakkan para beliau dalam aktiviti masyarakat dan sukarelawan. Contohnya dalam membantu mangsa banjir atau  apa sahaja bencana alam.

Southern Volunteers juga dijadikan anggota jawatankuasa tetap dalam jawatankuasa pengurusan bencana negeri Johor sejak 2021.”

Tambah baginda lagi, buat masa ini Southern Volunteers mempunyai lebih 23,000 keahlian di seluruh negara.