Syarikat penerbangan tawar tambang murah ke JB khas buat Ekor Harimau Malaya

366

Bagi penyokong Harimau Malaya yang ingin menyaksikan pasukan kebangsaan mereka beraksi di Stadium Sultan Ismail (SSI) Iskandar Puteri di Johor, ada beberapa pilihan untuk sampai ke destinasi tersebut.

Selain daripada membawa kereta sendiri, kini penyokong juga boleh menggunakan penerbangan dengan harga yang sangat mampu milik.


Syarikat penerbangan tambang murah terkenal Air Asia, telah mengumumkan promosi menarik bagi Ekor Harimau Malaya yang ingin ke Johor Bahru pada tarikh 22, 23, 27, dan 28 Mac.

Harga tiket penerbangan ditawarkan serendah RM79.00 sahaja.

Promosi ini adalah inisiatif yang baik bagi membantu penyokong yang berada jauh untuk menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur sampai ke Johor Bahru.

Pendekatan ini dapat membantu mewujudkan semangat patriotik tinggi kerana perlawanan persahabatan skuad negara sangat penting dalam usaha untuk mengutip mata ranking semaksimum yang mungkin.

Skuad kendalian Kim Pan-gon akan mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong pada 28 Mac ini.

Dengan usaha ini juga, ia akan buat lebih ramai penyokong yang akan turun ke SSI untuk beri sokongan buat pasukan kesayangan.

Tidak dapat dinafikan kehadiran penyokong atau dikenali Pemain ke-12 mampu memberi tonik tambahan buat anak buah Pan-gon untuk pamer aksi yang mantap.

Ini juga boleh menjadi contoh baik kepada banyak lagi syarikat bukan sahaja syarikat penerbangan untuk menawarkan pelbagai jenis promosi bagi menyokong pasukan kebangsaan.

Kita dapat memeriahkan lagi sukan bola sepak di negara ini dengan mewujudkan kerjasama di antara syarikat dan rakyat.

Jadi, bagi penyokong yang mempunyai perancangan untuk ke SSI boleh ambil peluang untuk tempah tiket penerbangan sebelum ia habis terjual.

Ayuh Ekor Harimau Malaya! Mari kita penuhkan stadium untuk beri sokongan tak berbelah bahagi buat wira negara.