Kita perlukan liga yang baik untuk tingkatkan tahap bola sepak wanita di negara ini – Nurul Azurin Mazlan

149

Penjaga gol pasukan bola sepak wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan berpendapat bahawa Malaysia memerlukan sebuah liga yang baik untuk meningkatkan tahap bola sepak wanita.

Katanya, tahap bola sepak wanita di negara ini sedang meingkat dan kewujudan liga yang baik adalah penting untuk membantu perkembangan itu.


“Kita perlu ada satu liga yang baik kerana dari situlah pemain-pemain wanita boleh mendapatkan minit permainan.

Pemain juga dapat asah skil dan kita akan dapat melahirkan lebih ramai pemain yang bagus,”

katanya.

Beliau berharap dengan kehadiran Soleen Al-Zou’bi sebagai ketua jurulatih Malayan Tigress, tahap bola sepak wanita di negara ini akan lebih meningkat dengan pelbagai pelan yang dirancang.

Sementara itu, beliau merasakan dirinya berada dalam momentum yang baik selepas memenangi anugerah golden glove dalam saingan FAS Women’s Super League dan harap dapat terus mewakili negara.

“Saya tak jangka dapat anugerah ini, saya nak tunjukkan yang tahap bola sepak wanita di negara kita sedang meningkat.

Saya lihat negara kita ada banyak lagi bakat dalam bola sepak wanita yang boleh diketengahkan.”

Beliau berkata mempunyai berita baik mengenai kariernya tetapi akan mengumumkannya apabila masa sesuai.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen