MFL galakkan kelab untuk terima tawaran dana naik taraf rumput padang oleh KBS – Stuart Ramalingam

170

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam menyambut baik tawaran dana penaikan taraf padang oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini.

Beliau berharap agar kerjasama kelab dan pihak kerajaan negeri dapat dijalankan dengan baik untuk untuk menaikan kualiti padang di Malaysia.


Beliau juga menyatakan bahawa walaupun tiada kuasa keputusan boleh dibuat oleh kelab untuk perkara tersebut, namun mereka boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk merealisasikan perkara itu.

Beliau turut menekankan pentingnya pengubahsuaian rumput, bukan sahaja dari segi jenis rumput, tetapi keseluruhan ekosistem termasuk subsoil dan sistem pengaliran air dalam padang.

“Secara dasar kami di MFL amat galakkan pengubahsuaian rumput di stadium yang digunakan dalam Liga Malaysia kerana ia akan mengubah corak permainan dan penampilan liga kita.

Kami harap kelab dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri kerana kita tahu kebanyakan kelab tidak mempunyai hak milik dan kuasa terhadap stadium,”

katanya.

Menurut beliau, peningkatan kualiti padang akan membantu meningkatkan tahap profesionalisme bola sepak Malaysia.

Tambahnya, padang yang baik juga dapat membantu mengurangkan kecederaan dan memberikan semangat kepada para pemain untuk beraksi dengan lebih baik.

Oleh itu, beliau menyeru kerjasama antara kelab dan pihak kerajaan negeri untuk mengambil tawaran KBS dalam pelaksanaan peningkatan taraf padang di stadium stadium masing-masing.