Berhijrah ke Negeri Sembilan FC bawa tuah buat Sikh Izhan

438

Bukan mudah untuk menjadi pemain bola sepak terutamanya sebagai penjaga gol kerana posisi itu bukan sahaja terhad, malah amat jarang ketua jurulatih melakukan rotasi pemain sekiranya penjaga gol tersebut mempamerkan aksi terbaik.

Itu yang berlaku kepada penjaga gol muda Sikh Izhan Nazrel yang bersama Selangor FC namun gagal mendapat tempat berikutan perlu bersaing dengan dua penjaga gol berpengalaman Khairulazhan Khalid dan Sam Sommerville.


Demi kelangsungan karier, Sikh Izhan telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Negeri Sembilan FC secara pinjaman.

Berlatih di bawah jurulatih penjaga gol Megat Amir Faisal Ibrahim, Sikh Izhan telah mempamerkan prestasi yang cukup cemerlang sehinggan berjaya mendapat perhatian ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kim Pan-gon yang menyaksikan beliau tersenarai untuk kem latihan pusat Harimau Malaya untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong pada 23 dan 28 Mac ini.

Megat Amir berkata, beliau telah melihat kebolehan sebenar Sikh Izhan pada musim 2021 ketika bermain untuk pasukan Selangor II walaupun pemain itu jarang diberi peluang untuk turun beraksi.

Beliau bagaimanapun kagum dengan sikap Sikh Izhan yang sentiasa memberikan persembahan terbaiknya dan mengambil peluang untuk mengumpul lebih banyak minit bermain dan pengalaman.

“Saya nampak bakat dia masa tahun 2021, masa itu di Liga Perdana, Negeri Sembilan melawan Selangor II. Dari situ saya nampak bakat dia yang besar cuma beliau jarang diberi peluang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, prestasi Sikh Izhan semakin menigkat apabila pada November tahun yang sama, beliau berpeluang mengikuti sesi permilihan untuk kelab CF Fuenlabrada yang bermain dalam divisi 2 Liga Sepanyol.

Ketika di sana, pemain itu telah berlatih bersama skuad utama dan juga untuk skuad B-22 pasukan itu.

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan, telah berbincang dengan Megat Amir tentang keperluan untuk mengambil Sikh Izhan untuk memperkuatkan skuad mereka.

Beliau menyokong keputusan itu kerana Sikh Izhan masih muda dan mempunyai bakat yang besar.

“Bila Selangor hendak pinjamkan Sikh Izhan ni, K. Devan ada bincang dengan saya, saya kata terus ambil sebab dia masih muda dan berbakat besar, tu yang tak tunggu dah terus ambil sign.”

Persembahan Sikh Izhan bersama Negeri Sembilan ketika ini sangat cemerlang selepas mereka mengharungi empat perlawanan Liga Super.

Namun aksi paling Sikh Izhan yang menjadi perhatian adalah ketika pasukannya dibelasah juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) 7-0.

Mungkin bagi penyokong biasa merasakan aksi Sikh Izhan teruk berikutan melepaskan tujuh gol, namun realitinya tanpa beliau Negeri Sembilan mungkin boleh bolos sehingga skor dua digit.

Jika tanpa adanya beliau di gawang mugkin perlawanan antara JDT boleh mencapai angka skor dua digit.

Diharap dibawah bimbingan Megat Amir, Sikh Izhan akan terus bersinar dan tidak mustahil mampu jadi penjaga gol utama kebangsaan satu hari nanti.