Mewakili Malaysia jadikan saya pemain yang lebih baik – Dion Cools

555

Kapten skuad kebangsaan, Dion Cools merasakan menyarung jersi kebangsaan membuatkan beliau menjadi seorang pemain yang baik.

Katanya, menjadi pemain Malaysia membuatkan beliau mempunyai tanggungjawab yang lain dan mematangkan dirinya sebagai seorang pemain.


“Saya rasa bermain untuk Malaysia datang dengan tanggungjawab yang banyak, jadi secara tidak langsung ia memberikan satu pengalaman yang berbeza berbanding bermain bersama kelab.

Ia adalah satu pengalaman yang positif dan membuatkan diri menjadi lebih baik,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media menjelang perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Turkmenistan esok.

Sementara itu, beliau berkata bahawa kualiti yang ada dalam skuad ini adalah baik dengan ramai pemain-pemain baharu yang membantu memperkuatkan lagi pasukan.

Beliau percaya kualiti yang ada ini mampu memastikan Malaysia mencapai matlamat yang dimahukan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

“Kita lihat kali ini ada ramai pemain baharu, kualiti yang ada amat baik dan kami tak sabar untuk turun dalam dua perlawanan persahabatan ini.

Saya rasa kita boleh capai matlamat untuk menjadi lebih baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan.”

Katanya, Turkmenistan akan tampil lebih kuat pada perlawanan esok dan berharap Malaysia mampu melakukan lebih baik daripada perlawanan menentang mereka tahun lalu.