Nak pemain KL City FC tiada masalah! Bayar yuran perpindahan – Stanley Bernard

5,135

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard bersedia untuk melepaskan mana-mana pemainnya yang mendapat tawaran dari kelab lain kerana ia adalah lumrah dalam dunia bola sepak.

Stanley bagaimanapun berkata kepada kelab yang mahu khidmat pemainnya perlu membayar yuran perpindahan.


“Nak pemain KL City tiada masalah! Tapi ada yuran perpindahan. Kelab bola sepak di Eropah dibina dengan perkara ini (yuran perpindahan).

Saya rasa Malaysia juga sudah memulakannya dan ia semakin berkembang walaupun masih dalam skala kecil, jadi saya harap ia akan berkembang dengan lebih besar nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang mengatakan dua tonggak utama skuad The City Boys iaitu pemain naturalisasi Paulo Jouse dan seorang lagi bakal pemain naturalisasi Romel Morales bakal ke berhijrah ke kelab gergasi.

Dalam pada itu, Stanley berkata yuran perpindahan ini sangat penting buat sesebuah kelab kerana yuran perpindahan kerana ia sebahagian daripada pendapatan kelab.

“Yuran perpindahan itu bukan sahaja boleh digunakan untuk skuad utama tetapi juga untuk pembangunan akar umbi.”

Difahamkan, KL City mengikat kontrak kedua-dua pemain itu untuk satu tempoh yang lama, jadi sekiranya mana-mana kelab yang ingin dapatkan khidmat antara Paulo atau Romel mereka perlu bayar yuran perpindahan.

Sementara itu, beliau turut berbangga dengan Paulo Josue yang berjaya mendapat panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan Harimau Malaya buat pertama kali selepas bergelar pemain naturalisasi baru-baru ini.

“Saya tak pernah lihat pemain cukup teruja untuk menyarung jersi negara. Apabila saya beritahu beliau berkemungkinan akan mendapat panggilan kebangsaan selepas dinaturalisasikan, beliau beritahu saya ketika latihan; ‘Saya percaya saya orang Malaysia sudah lama walaupun bukan warga Malaysia lagi ketika itu.’.”

Paulo kini berada di Johor Bahru bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon yang mana mereka kini sedang membuat persiapan bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung pada 23 dan 28 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen