Indonesia kehilangan pemain warisan Belanda, Justin Hubner

193

Baru-baru ini penyokong bola sepak Indonesia teruja apabila mendapat tahu mereka bakal membawa masuk seorang lagi pemain warisan iaitu Justin Hubner yang dikatakan akan menyertai skuad Indonesia B-20.

Hubner merupakan prospek besar buat pasukan Sang Garuda kerana pemain itu bermain bersama kelab di England bersama Wolverhampton Wanderers B-21.


Bagaimanapun, keterujaan penyokong Indonesia bertukar menjadi sebaliknya apabila Hubner seperti memberi bayangan bahawa beliau mahu mengabaikan panggilan dari ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, sebaliknya memilih untuk menyertai kem latihan skuad Belanda B-20.

Penyokong tidak boleh menyalahkan Hubner kerana memilih Belanda kerana keputusan itu adalah tepat untuk seorang pemain bola sepak kerana jika hendak dibandingkan kualiti bola sepak Indonesia jauh ketinggalan berbanding bola sepak Belanda.

Mungkin ini adalah peluang untuk pemain muda itu memikat ketua jurulatih skuad utama Belanda.

Namun jika beliau masih gagal untuk mendapat tempat dalam skuad senior Belanda, Hubner masih lagi boleh menyertai skuad utama Indonesia pada masa hadapan.

Jika benar, pastinya Tae-yong dan penyokong Indonesia perlu bersabar untuk melihat apakah keputusan yang akan dilakukan oleh pemain itu nanti.

Apa pun masih ada segelintir penyokong yang masih meletak harapan untuk Hubner menyertai skuad B-20 Indonesia yang akan menghadapi kejohanan Piala Dunia B-20 tidak lama lagi.

Indonesia atau Belandan? Sama-sama kita tunggu dan lihat keputusan Hubner nanti.