Fergus Tierney akui perlu kerja lebih keras lagi jika mahu dalam tempat dalam skuad Harimau Muda & JDT

1,905

Pemain kebangsaan B-22, Fergus Tierney mengakui tiada jalan mudah untuknya mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan dan juga dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) II kerana kedua-dua pasukan mempunyai cabaran yang berbeza.

“Kedua-dua pasukan sangat mencabar kerana saya perlu bekerja keras setiap hari. Cabaran yang saya maksudkan adalah dari segi taktikal dan corak permainan tetapi kedua-duannya sukar.

Oleh itu saya perlu terus bekerja keras untuk pastikan dapat tempat,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, bapanya iaitu Martin Tierney yang merupakan bekas pemain import Penang FC dan Geylang United di Singapore Premier League sentiasa memberi sokongan penuh buatnya sejak dari kecil lagi tanpa memberi sebarang tekanan.


“Tiada tekanan langsung dari bapa saya kerana beliau sangat menyokong saya sejak dari kecil lagi dan mahu melihat saya berjaya.”

Dalam pada itu, pemain berdarah Scotland ini terpilih untuk bersama skuad B-22 negara terbang ke Singapura petang tadi bagi menghadapi kejohanan Piala Merlion yang akan berlangsung dari 24 hingga 27 Mac ini.

Biarpun hanya sempat berlatih bersama dalam tempoh yang singkat, namun Fergus yakin bahawa beliau dan rakan sepasukan mampu bawa pulang trofi.

“Kami sudah membuat persiapan dengan baik dan saya harap kitab oleh menang Piala Merlion. Saya juga berharap agar nama saya akan tersenarai dalam skuad ke Sukan SEA Kemboja bulan Mei nanti kerana itu adalah sasaran utama saya ketika ini.”

Beliau juga menyuarakan keyakinan pasukan di bawah kendalian E. Elavarasan mampu menamatkan kemarau 12 tahun tanpa pingat emas dalam sukan bola sepak di Sukan SEA.