Saya boleh menyumbang untuk bola sepak Malaysia – Endrick dos Santos

1,022

Pemain tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos menganggap kehadirannya ke dalam skuad kebangsaan sebagai pemain naturalisasi adalah baik untuk negara.

Katanya, beliau bersetuju untuk dinaturalisasikan kerana gembira berada di Malaysia dan mahu membantu bola sepak negara ini.


“Saya sudah tinggal di sini lima tahun, saya serta keluarga gembira di sini dan saya rasa boleh menyumbang untuk bola sepak Malaysia.

Saya sukakan bola sepak Malaysia, saya rasa tahapnya semakin meningkat tahun demi tahun, saya rasa ini adalah satu saat yang baik untuk saya dan juga Malaysia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Beliau melihat Malaysia mempunyai banyak pemain yang baik dan mampu pergi jauh pada masa hadapan.

Dalam pada itu, beliau mengakui bermain di Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini membantu meningkatkan tahap permainannya.

“Sudah tentu di JDT tahapnya amat tinggi, semua pemain bersaing udengan hebat ntuk posisi masing-masing.

Katanya,, JDT menyediakan segala-galanya untuk pemain dan mereka tidak perlu memikirkan tentang perkara lain, cuma perlu fokus kepada bola sepak.