Bola Sepak
Apecer?
Video & Soratan
<\div>
Temubual bersama pemain skuad B-22 negara, Harith Haiqal ketika ditemui di KLIA selepas pulang membantu kejayaan skuad Malaysia B-22 menjuarai Piala Merlion di Singapura.
Harith berkata terdapat perbezaan yang cukup ketara apabila bermain di bawah kendalian Elavarasan. Taktikal dengan barisan kejurulatihan baru ini lebih agresif dan sangat berbeza.
Harith menganggap ini sebagai permulaan apabila muncul sebagai juara Piala Merlion. Apa yang lebih penting untuk menamatkan kemarau 12 tahun pingat emas di Sukan Sea selepas kali terakhir Malaysia berjaya dapat pingat emas pada tahun 2011.