Nafuzi Zain ‘call’ saya minta saya bantu Fayadh Zulkifli – Faisal Halim

7,082

Pemain kebangsaan, Faisal Halim memberitahu bekas ketua jurulatihnya Nafuzi Zain telah menghubunginya bagi meminta bantuannya untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Fayadh Zulkifli yang pertama kali mendapat panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan.

“Ya sudah tentu sebelum kita bermula latihan pada hari pertama Coach Nafuzi ada menghubungi saya untuk bantu beri nasihat dan tunjuk ajar kepada Fayadh Zulkifli kerana pemain itu masih perlu banyak belajar.

Saya pun bukan pemain bintang tapi mungkin sebab Nafuzi mengenali saya, jadi saya ada beri nasihat kepada Fayyadh,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambah Faisal, Fayadh yang melakukan debutnya bersama skuad Harimau Malaya pada perlawanan pertama menentang Turkmenistan telah berjaya mempamerkan aksi yang baik.


Malah pada perlawanan menentang Hong Kong malam tadi, beliau juga memuji aksi pemain Kedah Darul Aman FC itu.

Dalam pada itu, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey meluahkan rasa bersyukurnya apabila beliau akhirnya berjaya menjaringkan gol pertamanya selepas lebih dua bulan tidak berbuat demikian ketika menentang Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 malam tadi.

Gol yang dijaringkan oleh beliau telah menjadi gol kemenangan apabila pasukan kebangsaan berjaya membenam pasukan lawan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

“Saya bersyukur dan berterima kepada isteri dan keluarga saya dan juga tidak lupa kepada peminat yang DM saya memberi kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan saya. Saya terharu.

Rakan sepasukan juga memberikan kata-kata semangat sebelum perlawanan termasuk Akhyar Rashid yang berkata saya pasti akan menjaringkan gol pada malam ini dan benda itu berlaku, jadi saya berterima kasih kepada rakan-rakan dan ketua jurulatih Kim Pan-gon.”

Dalam dua perlawanan persahabatan, Faisal telah berjaya menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol untuk membantu pasukan memenangi dalam kedua-dua perlawanan persahabatan.

Sementara itu, Faisal berkata gol yang dijaringkan pada malam tadi sedikit sebanyak telah memberinya semangat untuk terus konsisten.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen