Bola Sepak
Apecer?
Video & Soratan
<\div>
Temu bual eksklusif bersama Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengenai pandangan mengenai skuad Malaysia B-22 yang baru-baru ini menjuarai Piala Merlion di Singapura.
DOKS juga pernah memegang jawatan skuad Malaysia B-22, di mana kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA di bawah kendalian beliau pada tahun 2011.
Kita tanyakan juga Datuk peluang skuad E. Elavarasan untuk menamatkan kemarau 12 tahun pingat emas Sukan SEA dalam acara bola sepak pada bulan Mei nanti di Kemboja.
Datuk memuji pemain seperti Azam Azmi mampu menjadi watak penting dalam skuad kali ini dan jika ditambahkan dengan pemain seperti Mukhairi Ajmal dan Luqman Hakim, mampu memperkuatkan lagi skuad Malaysia B-22.