Semua tahu corak permainan Selangor FC, kami perlu tingkatkan prestasi untuk Lembah Klang derby – Caion

278

Penyerang KL City FC, Caion memberitahu pasukannya perlu tingkatkan prestasi menjelang perlawanan penting esok yang akan menyaksikan aksi Lembah Klang derby membabitkan pasukannya dengan Selangor FC.

Menurut Caion, beliau yang merupakan bekas pemain Gergasi Merah itu berkata semua sudah tahu dengan corak permainan pasukan itu, oleh itu mereka perlu pastikan dapat fokus untuk dapat keputusan positif.


“Sudah tentu saya tahu pasukan lawan kerana saya bermain untuk pasukan itu selama semusim. Saya ada beritahu ketua jurulatih Bojan Hodak sedikit untuk bantu tapi bagi saya kita kena fokus pada pasukan sendiri.

Semua tahu corak permainan Selangor, jadi kami perlu tingkatkan prestasi kami untuk mendapatkan keputusan positif kerana ia adalah perlawanan yang sangat penting buat kami,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Caion pada masa sama turut berkata beliau tahu dengan kemampuan dirinya untuk bantu pasukannya untuk menang dalam perlawanan esok.

Dalam pada itu, pemain berasal dari Brazil itu turut terkejut apabila mendapat tahu segelintir peminat Selangor sudah mula merindui.

“Dah mula rindu saya? Yeke? Apa-apa pun sekarang ini saya bersama KL City jadi fokus saya hanya pada pasukan saya sekarang ini.”

Beliau pada masa juga berkata tiada apa yang perlu dibuktikan menentang bekas pasukannya itu, sebaliknya beliau hanya mahu pastikan dapat menjaringkan gol untuk bantu pasukan yang membayar gajinya.

Perlawanan di antara KL City dan Selangor akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.