Tindakan pengadil Mexico membawah padah setelah melutut pemain

Satu insiden membabitkan pengadil daripada Liga Mexico (Liga MX), Fernando Hernandez yang telah melutut pemain tengah pasukan Leon, Lucas Romero di pangkal paha semasa perlawanan menentang Amerika dalam perlawanan liga mencetuskan kontroversi besar.
Insiden ini berlaku apabila Romero dan rakan sepasukannya menuntut pemeriksaan VAR selepas gol penyamaan Club America yang kontroversi pada perlawanan tersebut.
Beliau bagaimanapun melihat insiden itu tidak disengajakan oleh pengadil perlawanan tersebut dan ia hanyalah satu kemalangan.
Pemain tersebut menjelaskan bahawa pengadil juga adalah manusia, dan mereka juga boleh melakukan kesilapan dan beliau tidak meminta sebarang bentuk hukuman dikenakan terhadap pengadil tersebut kerana Hernandez telah memberitahu ia tidak disengajakan.
Apa yang menarik pemain tersebut turut mengatakan pengadil sentiasa menghormati para pemain seperti mana para pemain menghormati mereka sebagai seorang yang berkuasa di atas padang.
LIGA MX REF KNEES PLAYER’S GROIN 🇲🇽🤕
— Men in Blazers (@MenInBlazers) April 2, 2023
Leon’s Lucas Romero receives a different sort of discipline from referee Fernando Hernández, who gives midfielder a quick knee to the nethers while also issuing a yellow card. Liga MX Mike Dean.pic.twitter.com/IEcCPeDwBS
Tetapi insiden ini telah mendapat pendapat yang berbeza daripada beberapa pengamal sukan di Mexico, dimana seorang bekas pengadil Felipe Ramos Rizo telah menyifatkan situasi tersebut tidak boleh diterima kerana ia dilihat sebagai satu kecuaian oleh seorang pengadil yang profesional.
Bekas pengadil tersebut juga berpendapat insiden tersebut boleh menjejaskan kerjaya Fernando Hernandez atas tindakkan agresifnya itu.
Jika dilihat daripada undang-undang Liga MX, Hernandez boleh dikenakan tindakan atas perbuatannya itu.
Dimana sebarang jenis kelakuan ganas dengan pemain, anggota kakitangan teknikal, pegawai, dengan kakitangan yang diberi kuasa untuk kekal di padang boleh dikenakan denda sebanyak 10,000 peso hingga 52,000 peso (RM 2,454 hingga RM 12,765).
Hukuman tersebut masih belum lagi disabitkan ke atas pengadil tersebut kerana masih dalam siasatan pihak berkuasa dan jika ia ditentukan bahawa tindakan Hernandez adalah disengajakan, dia berhadapan hukuman yang berat.
Keputusan akhir perlawanan tersebut terikat seri dan telah mengekalkan Leon di tempat ketiga liga dengan 25 mata, satu mata di hadapan America di tempat keempat.
Sudah pasti insiden ini akan menjadi pengajaran buat seluruh pengadil di dunia agar sentiasa mempamerkan sikap profesionalisme semasa mengendalikan perlawanan bola sepak.