Tak menyesal tinggalkan KL City FC, ia sesuatu di luar kawalan saya daripada apa yang diketahui ramai – Daniel Ting

743

Pertahanan Sabah FC, Daniel Ting tidak mahu ambil kisah terhadap tindakan segelintir penyokong KL City FC yang mem’boo’ dirinya pada perlawanan Liga Super sebentar tadi.

Katanya, itu terpulang kepada para penyokong dan beliau mengakui sentiasa menikmati masanya ketika berada di KL City.


“Saya tak nak komen tentang perkara itu, ia terpulang kepada mereka tetapi saya sentiasa menikmati masa saya ketika di sini.

Saya tiada benda buruk untuk diluahkan buat pasukan KL City mahupun penyokongnya,”

Beliau berkata, dirinya tidak menyesal meninggalkan KL City untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim lalu.

Tambahnya, ia sesuatu yang bukan di bawah kawalannya dan ramai yang tidak mengetahui perkara sebenar.

“Tiada kesalan tinggalkan KL City, cuma ia bukan sesuatu di bawah kawalan saya daripada apa yang diketahui oleh orang ramai.”

Sementara itu, beliau berkata Sabah harus bangkit dalam perlawanan seterusnya selepas tewas dua perlawanan berturut-turut.

Beliau menganggap malam ini bukanlah malam Sabah walaupun sudah melakukan persediaan yang baik.