Latihan intensiti tinggi yang diterapkan beri manfaat untuk kami bersaing – Nurfazira Sani

293

Pemain Malayan Tigress, Nurfazira Sani menganggap latihan berintensiti tinggi yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Soleen Al-Zou’bi bagus buat pasukan untuk bersaing ketika kejohanan.

Beliau mengakui Malaysia berdepan cabaran diundi dalam kumpulan yang sukar pada Sukan SEA Kemboja nanti, tetapi percaya dengan latihan yang dirancang oleh Soleen.


“Memang kami dalam kumpulan yang sukar tetapi kami akan lakukan yang terbaik dan beri 100 peratus usaha kami.

Latihan yang diterapkan oleh jurulatih adalah berintensiti tinggi jadi ia baik bagi kami untuk bersaing di kejohanan itu nanti,”

katanya.

Beliau berkata tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan latihan berintensiti tinggi kerana pernah melalui latihan sama bersama kelab.

Sementara itu, beliau menyasarkan supaya Malaysia dapat menjadi sebuah pasukan yang mampu bersaing dengan negara-negara lain.

“Kami nak jadi sebuah pasukan yang boleh bersaing penuh dalam kejohanan kali ini.

Persiapan kami berada dalam keadaan yang baik dan saya lihat semua pemain gembira dan tidak tertekan.”

Nurfazira berkata bahawa beliau agak gementar tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan dirinya dipilih.