Iryan Fandi prospek terbaik untuk Sri Pahang FC

623

Siapa tidak kenal dengan Fandi Ahmad! Beliau merupakan lagenda bola sepak Singapura yang kini memperlihatkan anak-anaknya turut mengikut jejak langkahnya menjadi pemain bola sepak profesional.

Dua anaknya iaitu Irfan dan Ikhsan kini bermain untuk kelab gergasi di Thai League 1 iaitu BG Pathum, manakala Ilhan pula kini beraksi di liga Belgium bersama kelab K.M.S.K. Deinze.


Kini anak bongsunya iaitu Iryan pula menjadi perhatian peminat bola sepak apabila beliau telah membuat penampilan pertamanya dalam Singapore Premier League (SPL) bersama pasukan Hougang United pada usia 16 tahun.

Walaupun masih muda, Iryan telah mempamerkan corak permainan yang matang dan kini menjadi prospek untuk pasukan kebangsaan Singapura.

Memandangkan Fandi Ahmad kini menjadi ketua jurulatih kelab Sri Pahang FC yang beraksi di Liga Super Malaysia, mungkin beliau boleh membawa anaknya untuk bermain di Malaysia kerana semua sedia maklum liga bola sepak di Malaysia lebih kompetitif berbanding di Singapura.

Dengan usia yang masih muda, Iryan berpeluang untuk beberapa skuad Sri Pahang iaitu skuad Piala Belia, Piala Presiden mahu pun skuad yang beraksi di Piala MFL.

Tidak mustahil sekiranya beliau mempamerkan aksi yang cemerlang pastinya beliau berpeluang untuk diserap ke skuad utama sekaligus beraksi dalam Liga Super.

Dibawah bimbingan daripada Fandi sendiri, Iryan perlu diberikan pendedahan kepada perlawanan yang berkualiti dan kompetitif untuk meningkatkan kualiti permainan.

Liga Malaysia adalah yang terbaik buatnya kerana beliau akan dekat dengan keluarga termasuk bapanya turut berada di Malaysia.