Mukhairi Ajmal sasar bawa pulang emas untuk Malaysia di Sukan SEA Kemboja

311

Pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal menyasarkan untuk membawa pulang pingat emas buat negara pada Sukan SEA Kemboja Mei ini.

Beliau berharap dengan doa dan sokongan daripada rakyat Malaysia, mereka mampu bergelar juara bagi acara ibu segala emas itu.


“Saya sendiri setiap tahun dalam setiap kejohanan memang saya akan sasarkan untuk menjadi juara.

Tahun lalu kita mara hingga ke separuh akhir dan untuk kali ini harap kita mara hingga ke perlawanan akhir dan menjadi juara,”

katanya.

Mukhairi berkata, beliau mahu mengekalkan momentum baik bersama Selangor ketika menyarung jersi kebangsaan, dan mahu menunjukkan prestasi sama di kelab dan ketika mewakili negara.

Dalam pada itu, beliau mengakui pemain yang dipilih untuk Sukan SEA kali ini kelihatan bagus dan percaya mereka mampu melakukan sesuatu di temasya itu.

“Jika dilihat nama-nama yang terpilih memang nampak solid, saya harap semua pemain dapat beri kerjasama kepada jurulatih dan tidak mengambil mudah ketika kejohanan itu.

Saya lihat ini peluang terbaik kita kerana kita sudah lama bersama sebagai satu pasukan, saya harap semua pemain fokus.”

Malaysia diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama-sama Thailand, Vietnam, Singapura dan Laos pada temasya tersebut.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen