Persembahan malam ini adalah untuk buktikan kepada ibu saya – Nor Hakeem Hamidun
Penjaga gol PDRM FC, Nor Hakeem Hamidun bersyukur apabila berjaya menampilkan aksi yang baik menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan hanya membenarkan lawan menjaringkan satu gol sahaja.
Beliau berkata bahawa perlawanan tersebut amat sukar tetapi beliau mahu membuktikan kepada ibunya yang sentiasa membantu perjalanan kariernya.
“Malam ini adalah perlawanan pertama saya di Liga Super, ia memang sukar tetapi saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak bantu saya malam ini.
Sebenarnya saya mahu buktikan kepada ibu saya yang sentiasa menyokong saya dari kecil, saya nak tunjukkan yang saya boleh buat,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Hakeem menampilkan aksi cemerlang menafikan banyak percubaan JDT dalam kekalahan 1-0 sebentar tadi.
Beliau berharap dapat menampilkan persembahan yang sama seperti malam ini untuk perlawanan-perlawanan seterusnya.
“Sasaran saya musim ini cukuplah untuk tunjukkan prestasi yang baik dalam setiap perlawanan seperti perlawanan menentang JDT.
Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi saya peluang pada malam ini.”
Beliau yang juga bermain untuk skuad B-23 PDRM dalam kejohanan Piala MFL berkata, pengalaman bermain di Liga Super adalah amat berbeza.
Jelasnya, standard Liga Super adalah jauh lebih tinggi berbanding liga bawahan yang pernah beliau main.