Kami tak takut lawan pasukan lebih hebat, teruja untuk dapatkan pengalaman berharga – Eva Antinus

233

Pemain bola sepak wanita negara, Eva Antinus merasakan bahawa semua pemain berjaya mempelajari dengan baik apa yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Soleen Al-Zou’bi.

Beliau berkata, walaupun pasukan ini turut terdiri daripada pemain-pemain futsal, semuanya dapat menyesuaikan diri dengan apa yang dimahukan oleh jurulatih dengan amat baik.


“Walaupun ada beberapa pemain daripada futsal, kita berjaya sesuaikan diri dengan baik dan lebih bersedia dengan struktur latihan yang baik.

Bagi saya tiada apa yang sukar, walaupun ada benda yang baru tetapi kita berjaya buat semua yang jurulatih ajar dengan baik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Eva berkata beliau berada di kondisi yang amat baik ketika ini dan bersedia untuk berjuang demi Malaysia di Sukan SEA 2023.

Jelasnya, sasaran pasukan adalah untuk menjadi pesaing yang hebat kepada pasukan lawan yang kuat seperti Vietnam, Filipina dan Thailand pada kejohanan itu.

“Kami tidak takut tetapi rasa teruja untuk menentang pasukan yang hebat, kami mahu dapatkan pengalaman berharga.

Kami sasarkan untuk jadi pesaing yang hebat kepada pasukan seperti Vietnam, Filipina serta Thailand, kami mahu bermain dengan baik menentang mereka.”

Eva mengakui gementar untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan itu tetapi gembira dipilih dalam senarai 20 pemain akhir.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen