Pemilik KL City FC beri bayangan bakal adakan latihan pra-musim di luar negara

398

Pemilik KL City FC, Azri Azerai memberitahu beliau kini sedang dalam usaha untuk menjalin satu kerjasama sekurang-kurangnya satu kelab dari EPL, La Liga, Ligue 1, Serie A, K-League 1 dan J1 League.

Azri mendedahkan perkara itu di media sosial Twitter miliknya yang mana beliau turut memuat naik foto beliau melawat dua kelab di Korea Selatan iaitu Gwanju FC dan FC Seoul.


Beliau turut memberi bayangan bahawa skuad The City Boys berkemungkinan akan menjalani latihan pra-musim di luar negara sekiranya kerjasama itu terjalin.

Jika ia menjadi kenyataan, KL City akan menjadi sebuah lagi kelab Liga Super yang mengadakan pra-musim di luar negara seperti Johor Darul Ta’zim, Kedah Darul Aman FC, Terengganu FC, Selangor FC, Sri Pahang FC dan Sabah FC.

Pada awal musim ini, KL City hanya melakukan latihan pra-musim mereka di ibu negara termasuk menyertai kejohanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan.

Terdahulu Rinani Group telah mengambil alih pasukan juara Piala Malaysia 2021 itu pada awal musim telah memberi sinar harapan baru buat peminat kelab itu.

Azri dalam temubualnya sebelum ini turut menyatakan perancangan jangka masa pendek dan jangka panjangnya untuk kelab itu yang mana beliau mahu memastikan pasukan itu mempunyai fasiliti mereka sendiri sekaligus pemain tidak perlu lagi berpindah randah tempat latihan.

Difahamkan mereka kini dalam proses perbincangan untuk menyewa atau membeli sebidang tanah untuk dijadikan sebagai padang latihan tetap pasukan yang berada dalam pelan jangka masa pendek.

Dalam pada itu, kerjasama dengan kelab dari luar negara akan membantu naib juara Piala AFC ini untuk mempertingkatkan kualiti bola sepak kelab itu hasil perkongsian ilmu termasuk meningkatkan tahap profesionalisme pengurusan pasukan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen