Slot 2+2 di ACL bukti Thai League 1 adalah liga terbaik di Asia Tenggara

278

Baru-baru ini, empat kelab dari Thai League 1 telah mengesahkan slot mereka untuk bersaing dalam kejohanan berprestij Asia iaitu AFC Champions League (ACL) untuk musim 2023/24.

Thailand telah mendapat slot 2+2 di mana dua pasukan iaitu Buriram United (juara) dan Bangkok United (naib juara) telah layak secara automatik ke saingan itu.


Manakala dua lagi pasukan iaitu BG Pathum United dan Port FC pula perlu bersaing dalam play-off untuk menempah tiket ke ACL.

Liga di Thailand menjadi satu-satunya liga di Asia Tenggara yang mendapat slot yang banyak untuk kejohanan ini berbanding liga di negara seperti Malaysia, Vietnam, Singapura dan Filipina hanya mendapat satu slot sahaja.

Perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana semua sedia maklum bahawa liga di negara itu sangat maju dan kompetitif.

Bukan sahaja di Thai League 1, malah saingan di Thai League 2 dan Thai League 3 juga sangat kompetitif.

Tidak seperti Liga Super yang hanya didominasi oleh sebuah pasukan sahaja, di Thailand saingan cukup sengit dan juara musim lalu berdepan cabaran cukup sengit untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

Setiap musim mereka mempunyai lebih empat pasukan yang mampu menjadi juara liga sekaligus menjadi bukti liga mereka sangat kualiti.

Selain kompetitif, Thai League 1 juga sudah lama menggunakan teknologi VAR (video assistant referee) sekaligus menjadi liga pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi itu.

Dalam erti kata lagi, Thai League 1 menepati setiap kriteria yang dimahukan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Sementara itu, kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools turut akan beraksi dalam saingan ACL musim ini apabila beliau kini menyarung jersi Buriram United.

Terdapat kemungkinan besar Cools akan bertemu dengan rakan sepasukan Harimau Malaya di ACL kerana majoriti pemain kebangsaan Malaysia bermain untuk JDT dan mereka satu-satunya kelab dari Malaysia yang akan ke ACL.