Bambang Pamungkas anggap musim 2005 terbaik dalam karier, penyokong Red Giants pasti rindu miliki penyerang sepertinya

526

Baru-baru ini, bekas pemain Selangor, Bambang Pamungkas mendedahkan dalam satu temu bual bahawa musim terbaik dalam kariernya adalah ketika bersama kelab itu dan bukannya kelab yang beliau punyai penampilan paling banyak iaitu Persija Jakarta.

Ini kerana kejayaan yang diraihnya bersama pasukan itu pada tahun 2005, memenangi banyak piala iaitu Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan juga Piala Sultan Selangor.


Lebih manis lagi, beliau juga mencatatkan nama sebagai penjaring terbanyak Piala FA dan Liga Premier, selain pemain terbaik liga pada tahun 2005.

Mungkin dengan pengakuan Bambang yang teringat saat beliau di Selangor ini membuatkan peminat-peminat kelab tersebut merindui untuk mendapat penyerang berbisa seperti beliau.

Beliau boleh dianggap sebagai antara penyerang paling berbisa yang pernah menyarung jersi Selangor kerana ketajaman beliau di depan gol, mencipta gandingan yang amat digeruni oleh pertahanan lawan bersama rakan senegara, Elie Aiboy.

Jika dibandingkan dengan Bambang, penyerang-penyerang import yang dibawa masuk Selangor sejak kebelakangan ini boleh dikatakan kurang menyerlah dan tidak memberi impak yang besar untuk kelab sekarang.

Contohnya, seperti Herlison Caion musim lalu dan pada musim ini, Ayron Del Valle yang seringkali mendapat kecaman daripada peminat.

Ayron menjaringkan tujuh gol sepanjang musim ini dan gaya permainannya tidak menyerlah seperti yang diharapkan oleh peminat Selangor.

Mungkin pada jendela perpindahan kedua ini, Selangor boleh mencari pemain yang mempunyai kebolehan seperti Bambang yang boleh memberi impak yang besar di bahagian serangan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen