Nasib Harimau Malaya di Piala Asia 2023 mungkin terletak di tangan Park Ji-sung, Tim Cahill

799

Pukul 7 malam esok akan menjadi penentuan perjalanan semua 24 pasukan yang akan bertanding pada kejohanan Piala Asia Qatar 2023, yang akan berlansung pada 12 Januari 2024, melalui satu majlis undian yang akan dilangsungkan.

Antara para pemain terkenal yang akan terlibat dalam proses pengundian ini adalah legenda Korea Selatan, Park Ji-Sung, yang dianggap antara pemain Asia paling berjaya semasa bersama Manchester United.


Beliau juga akan turut disertai oleh ikon dan legenda Australia, Tim Cahill yang juga pernah mewarnai saingan Liga Perdana Innggeris bersama Everton dari tahun 2004 hingga 2012.

Selain itu, pemain yang pernah dipilih dua kali sebagai pemain terbaik Asia, Server Djeparov akan bersama untuk membantu dalam undian akhir ini.

Dalam pengundian ini juga akan memperkenalkan tiga wanita yang penting dalam bola sepak wanita di benua Asia iaitu Yoshimi Yamashita, Sun Wen dan Maymol Rocky.

Yamashita adalah pegawai wanita pertama yang bertugas pada perlawanan Piala Dunia lelaki semasa Piala Dunia 2022 di Qatar, Sun adalah pemenang Golden Ball dan Golden Boot Piala Dunia wanita pada tahun 1999.

Maymol pula adalah jurulatih wanita pertama mengendali pasukan kebangsaan B-17 wanita India, beliau kini ketua jurulatih untuk pasukan kebangsaan India B-20.

Majlis undian itu akan diketuai oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John.

Peminat-peminat bola sepak tempatan pasti berasa teruja siapa di antara mereka yang akan menentukan kumpulan mana Malaysia akan bertanding di kejohanan tersebut.

Malaysia diletakkan dalam balang empat dan akan bertemu salah satu daripada pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Iran, Arab Saudi, Qatar dan Australia.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-Gon dan 23 jurulatih negara Asia yang lain dijangka akan hadir untuk majlis pengundian akhir dan mereka semua pasti sudah tidak sabar dengan apa yang bakal berlaku esok.