Malaysia berpeluang layak ke pusingan 16 Piala Asia 2023 jika duduki tempat ke-3 kumpulan

3,235

Penantian kumpulan manakah yang akan diduduki pasukan kebangsaan Malaysia akhirnya terjawab juga apabila undian akhir Piala Asia 2023 Doha, Qatar berlangsung sebentar tadi dengan skuad negara diundi dalam Kumpulan.

Selain Malaysia, antara pasukan lain turut sama berada dalam kumpulan itu adalah pasukan gergasi Asia, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.


Ia adalah satu undian yang cukup baik untuk skuad kendalian Kim Pan-gon dan berdasarkan format pada Piala Asia edisi kali ini, skuad negara berpeluang untuk mencipta sejarah mara ke pusingan 16.

Walaupun tampak sukar, namun peluang itu tetap ada kerana sebanyak empat pasukan di kedudukan ketiga kumpulan terbaik dari enam kumpulan boleh mara ke pusingan kalah mati itu.

Dalam pada itu, pengendali Pan-gon mengakui pasukannya diundi dalam kumpulan yang mempunyai pasukan terbaik di rantau Asia, namun pasukannya akan buat terbaik untuk banggakan negara.

“Ia kumpulan yang sukar dengan pasukan terbaik di rantau ini terutamanya pasukan Korea Selatan yang merupakan antara pasukan terbaik.

Tapi akan akan buat yang terbaik untuk beri cabaran kepada mereka dan mahu membanggakan peminat bola sepak tanah air,”

katanya.

Ini merupakan penampilan keempat Malaysia di Piala Asia dengan kali terakhir skuad negara layak secara merit adalah pada edisi 1980.

Pada tahun 2007 skuad negara bermain di kejohanan itu selepas terpilih sebagai tuan rumah bersama, namun ketika itu skuad negara berada pada tahap yang cukup mengecewakan apabila kalah ketiga-tiga perlawanan.

Bagaimanapun, skuad negara ketika ini berada pada prestasi yang cukup baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan berjaya memperbaiki kedudukan ranking kepada 138 dunia.

Namun peminat bola sepak tanah air tidak boleh meletakkan harapan terlalu tinggi, sebaliknya perlu bersikap realistik.

Apa yang diharapkan adalah skuad negara mampu mencapai sasaran yang diletakkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu untuk cuba mendapatkan sekurang-kurangnya empat mata dari empat perlawanan.

Piala Asia 2023 akan membuka tirainya pada 12 Januari hingga 10 Februari 2024.