MFL perlu ubah waktu sepak mula dari petang ke malam kerana gelombang panas El Nino
Sejak kebelakangan ini banyak negara Asia Tenggara mengalami keadaan cuaca panas melampau dek gelombang El Nino yang membuat cauca menjadi lebih panas dari biasa sekaligus membahayakan nyawa orang ramai.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga meminta rakyat untuk berjaga-jaga and elakkan membuat aktiviti diluar semasa cuaca panas yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang.
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memantau sekolah-sekolah sama ada sekolah patut ditutup atau tidak, malah pelbagai peringatan diberikan kepada rakyat mengenai situasi semasa.
Dengan badan kerajaan sudah memberi peringatan tentang cuaca ini, rasa pengelola liga Malaysia Football League (MFL) perlu mengubah waktu sepak mula petang kepada waktu malam demi keselamatan pemain-pemain.
Walaupun semua sedia maklum akan ada cooling break pada setiap separuh masa, namun ia tidak akan memberi kesan kerana cuaca terlalu panas dan pemain terdedah kepada strok haba.
Strok haba akan terjadi bila badan seseorang terlalu terdedah pada haba panas yang melampau boleh membuat seseorang itu pening kemudian pengsan dan boleh menyebabkan kematian.
Bukan sahaja pemain sahaja yang terdedah dengan risiko itu, sebaliknya peminat yang hadir ke stadium juga berdepan risiko sama kerana majoriti stadium di Malaysia tidak berbumbung dan peminat perlu duduk di bawah cahaya matahari terik.
Sebelum kejadian tidak diingini berlaku, harap MFL akan mengambil tindakan secepat mungkin sebelum saingan Liga Super kembali bersambung.