Jalinan kerjasama antara Muongthong United dengan Urawa Reds Diamonds patut dicontohi oleh kelab tempatan

236

Kelab dari Thai League 1, Muangthong United dilaporkan akan menghantar tiga pemainnya ke kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds untuk berlatih bersama pasukan itu selama dua minggu.

Pemain-pemain tersebut adalah pemain tengah, Weerathep Pomphan; dan dua orang pemain sayap iaitu Ekanit Panya serta Jaroensak Wonggorn.


Hubungan antara dua pasukan sudah terjalin sejak 2021 dan kelab dari J1 League itu juga pernah menghantar pemain mereka berlatih dengan Muangthong United pada tahun 2022.

Kerjasama antara dua kelab ini patut menjadi contoh kepada kelab-kelab tempatan kerana kerjasama seperti itu mampu membantu perkembangan pemain.

Dengan menghantar pemain-pemain ke kelab luar negara walaupun sekejap pasti boleh memberi impak untuk perkembangan mereka.

Sebelum ini, pernah ada jalinan kerjasama antara kelab tempatan dan kelab luar negara, contohnya Petaling Jaya City FC dan Manchester City, namun kerjasama itu hanya melibatkan teknikal sahaja dan tidak fokus kepada pembangunan pemain.

Tahun lalu, Perak FC dan kelab Bundesliga, Wolfsburg ada menjalinkan kerjasama untuk pembangunan pemain dua hala tetapi buat masa ini masih tiada sebarang berita atau perkembangan tentang kerjasama tersebut.

Mungkin kelab-kelab tempatan perlu proaktif dalam mencari peluang untuk berkerjsama dengan kelab-kelab di luar negara dan mementingkan aspek pembangunan pemain bola sepak tempatan.

Kerjasama antara Muangthong United dan Urawa Red Diamonds menunjukkan mengapa Thai League sentiasa berada beberapa langkah di hadapan berbanding liga Asia Tenggara lain.