Kekalahan kepada Filipina adalah disebabkan saya gagal baca gerakan lawan – Pabz

755

Jurulatih pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) negara di Sukan SEA 2023, Khairul Azman mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas kekalahan pasukan negara kepada Filipina pada perlawanan akhir.

Beliau berkata, kegagalannya membaca gerakan serta menghalang gaya permainan pihak lawan menyebabkan Malaysia tewas 3-0 pada perlawanan itu.


“Seperti semua maklum, kekalahan kami pada perlawanan akhir bukanlah berpunca daripada pemain tetapi diri saya sendiri.

Saya gagal baca gerakan lawan, gagal halang segala gaya permainan yang dilakukan oleh lawan mengakibatkan kita tewas, tetapi kita tidak tewas mudah kepada Filipina,”

katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pabz berkata, mereka sebenanrya tidak menjangka layak ke perlawanan akhir dan berharap pencapaian ini mampu membuka ruang kepada arena MLBB Malaysia untuk lebih berkembang.

Beliau memberi kredit kepada para pemain yang membawa nama negara sehingga ke perlawanan akhir.

“Walaupun kita tak jangka yang kita boleh sampai ke perlawanan akhir, pujian harus diberikan kepada para pemain yang memberikan persembahan baik.

Sudah tentu kami bangga kerana setelah hampir lima tahun, ini julung kalinya kita melakar sejarah bersaing di perlawanan akhir pada peringkat antarabangsa.”

Pabz berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan mereka pada kejohanan itu.