Kelakuan Zamsaham buat TRW dapat lagi perhatian yang tak diingini

111

Kelantan FC (TRW) sudah dilanda banyak masalah pada musim ini yang didokumentasikan dengan banyak oleh media, tetapi baru-baru ini terdapat satu lagi isu timbul, satu video tular tentang kelakuan Zamsaham dan terus menjadi satu perhatian yang tidak diingini.

Dalam video tersebut menunjukkan klip pendek rakaman suara yang dipercayai oleh Zamsaham dan bercakap dengan nada dan cara yang sangat tidak sopan terhadap kakitangannya.


Tingkah laku seperti ini sangat mengganggukan dan isu-isu yang telah diketahui oleh orang ramai mengenai kelab juga tidak akan membantu dengan publisiti yang didapati oleh TRW,

Jika dengan tingkah laku seperti itu, tidak terkejut terdapat yang isu yang sedia ada susah untuk diselesaikan dengan cara yang baik.

Tingkah laku seperti itu tidak patut wujud di dalam kelab bola sepak malah di dalam sesebuah organisasi pun, kita perlu menghormati orang lain, tidak kira kedudukan mereka dalam sesebuah organisasi.

Kerana itu, ramai kakitangan yang berkerja di kelab tersebut berasa beliau agak kurang sopan dan banyak berhenti berkerja di organisasi bolasepak itu juga.

Agen Jeong Myeonho, yang juga agen kepada bekas jurulatih TRW, Choi Moon-sik pernah berkata yang beliau banyak bertengkar dengan Moon-shik dan menjadi antara punca-punca jurulatih Korea Selatan itu keluar dari TRW.

Tingkah laku ini telah meresap ke organisasi dan masalah dengan kakitangan, jurulatih, pemain dan gaji tidak dapat diselesaikan dengan cara yang betul dan baik oleh sebab kelakuan kurang sopan beliau dengan orang lain.

Zamsaham perlu ikut cara tauladan seperti Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dimana di Johor Darul Ta’zim, beliau sentiasa menunjukkan tingkah laku yang betul dan menghormati kakitangan walaupun beliau adalah pemilik kelab JDT.