Akaun KFA hanya ada RM10 ribu dari kes CAS Akhyar Rashid

188

Sejak perpindahan Akhyar Rashid dari Kedah Darul Aman FC (KFA) ke Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2018, terdapat banyak kontroversi yang kerap menjadi tumpuan peminat-peminat bolasepak tanah air.

Sejak Datuk Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor menjadi Presiden Kelab Darul Aman FC, beliau sangat hands-on dengan kelab dari utara dan beliau juga lantang bercakap tentang isu-isu bolasepak negara.


Pada tahun 2021, Presiden KFA, Sanusi pernah berkata yang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak membayar pampasan untuk perpindahan untuk Akhyar ke JDT dari Kedah Darul Aman FC, namun JDT menafikan dakwaan itu dan mereka sudah bayar pampasan tersebut

Perpindahan ini turut dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas mencuba pelbagai jalan untuk dapat jalan penyelesaian untuk kes terserbut.

Tetapi, terdapat kontrovesi yang baru diwar-warkan oleh Presiden KFA sendiri tentang perpindahan Akhyar ke JDT oleh Sanusi yang berkait rapat dengan duit kutipan untuk kes CAS Akhyar, beliau mendedahkan yang duit yang sepatutnya ada dalam akaun kelab bukanlah jumlah wang yang tepat.

Setelah mengumpul RM50 ribu untuk kes CAS Akhyar, duit yang dimasukan ke dalam akaun kelab hanya RM10 ribu, yang selebihnya tidak tahu pergi ke mana, kerana itu Presiden KFA percaya yang kes CAS Akhyar ini ada unsur penyelewengan duit dalam kutipan duit ini.

Kemanakah duit yang dikutip untuk kesa CAS Akhyar sudah pergi? Adakah duit itu digunakan untuk luar dari pengunaan kelab bolasepak atau tidak?

Beliau juga tidak dedahkan terlalu banyak tentang keadaan tersebut, namun beliau berkata yang presiden yang sebelum beliau mungkin mengetahui tentang duit kes CAS Akhyar pergi sebenarnya.

Bekas Presiden KFA, Datuk Seri Muhriz Mahathir pernah memberitahu yang hasil kutipan RM50 ribu untuk kes CAS Akhyar itu sudah digunakan untuk kos guaman pada masa itu.

Kita hanya boleh menunggu perkembangan tentang perkara ini dan berharap mereka boleh mencari penutupan tentang kes ini dalam masa terdekat.