Kogi hanya satu pemain eksperimen untuk Chungbeok Cheonju

194

Pada awal tahun 2023, pemain Malaysia, Kogileswaran Raj atau dikenali sebagai Kogi sahaja telah sertai pasukan dari Korea Selatan, Chungbuk Cheonju, yang bermain di K League 2.

Beliau menjadi pemain pertama dari Malaysia yang bermain di liga Korea dan perpindahan ini, memberi peminat bola sepak Malaysia sedikit harapan bahawa Kogi akan dapat menunjukkan bakatnya dan berkembang sebagai pemain di liga Asia.


Sejak berpindah ke Cheongju, pemain sayap kanan berusia 24 tahun itu tidak terlibat dalam sebarang perlawanan K League 2 selepas 12 perlawanan dimainkan musim ini,

Penampilan pertama beliau datang dalam perlawanan Piala FA Korea menentang Seoul Jungnang, dimana mereka menang 3-0 dan Kogi bermain dengan baik dalam perlawanan itu sebelum digantikan pada minit 61 permainan.

Selain daripada perlawanan itu Kogi tidak pernah dipilih oleh ketua jurulatih Cheonju, Choi Yun-Kyum untuk semua perlawanan yang dimainkan oleh kelab dalam K League 2.

Jurulatih Yun-Kyum telah memberi sebab kenapa Kogi tidak pernah terlibat dalam mana-mana perlawanan dalam liga kerana Kogi terlalu gemuk, beliau tidak mempunyai tahap fizikal dan kelajuan untuk bersaing dengan pasukan lain buat masa ini dan dia tidak mahu mengambil risiko kecuali prestasi pasukan stabil dan cukup baik.

Jika situasinya begitu, jurulatih lebih selesa, beliau akan bereksperimen dengan Kogi dalam pasukan, tetapi ia kelihatan tidak menjadi realiti buat masa ini kerana Cheongju sedang berjuang di kedudukan untuk kekal dalam liga.

Mereka kini berada di tangga ke-11 dalam liga dan jurulatih tidak boleh mengambil risiko kesilapan.

Tetapi Kogi bukan satu-satunya pemain Malaysia yang pernah bermain di luar negara, ramai pemain telah bermain di luar negara seperti Nazmi Faiz, Safawi Rasid dan lain-lain, yang menjadi kebimbangan, kerana sejauh mana pemain tempatan kita kurang untuk bermain di liga luar negara?

Adakah kebanyakan pemain tempatan kita tidak mampu menampung tekanan, permintaan liga di luar Malaysia? Jika itu adalah sebabnya, bolasepak Malaysia perlu berkerja keras lagi untuk tingkatkan lagi kualiti pemain-pemain tempatan.

Kerana, banyak pemain-pemain dari negara Asia Tenggara sudah mempunyai pemain-pemain mereka berpangkal di luar negara dan sekaligus tingkatkan kualiti bolasepak mereka.