SMZA bersedia untuk kedatangan Harimau Malaya pada bulan Jun
Pada bulan Jun nanti, Harimau Malaya akan bermain dua kali di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA) Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu diberi pujian atas pembaikkan dan persediaan yang dilakukan sempena perlawanan persahabatan Harimau Malaya.
Skuad kendalian Kim Pan-Gon akan bertemu dengan Kepulauan Solomons pada Jun 14 dan Yemen pada Jun 20, oleh kerana SMZA dipilih sebagai tempat main untuk dua perlawanan ini, pihak berkuasa telah membuat penambahbaikkan dan juga membaiki untuk perlawanan ini.
Lampu limpah stadium, tandas, atap baharu dan banyak lagi dinaik taraf untuk perlawanan antarabangsa yang akan berada dalam kalendar FIFA.
Venue #HarimauMalaya 🇲🇾 untuk FIFA Matchday bulan Jun nanti tampak sudah bersedia untuk menerima kehadiran ekor dan pasukan lawan 🇾🇪 & 🇸🇧.
— Football Terengganu (@FootballTRG) May 15, 2023
Maintainence tandas, lampu limpah juga giat berjalan manakala pembinaan atap baru juga akan memasuki Fasa 1 tidak lama lagi.#SSMZA pic.twitter.com/v0LRDA7MJ6
Selain itu, padang juga dikekalkan dengan kualiti tertinggi, untuk perlawanan dan juga kemudahan sedang diperbaiki atau ditingkatkan, dengan persediaan awal ini pasti akan menolong menarik ramai peminat untuk datang ke perlawanan.
Tambahan lagi, keselamatan dan keselesaan peminat-peminat juga akan terjamin selepas pembaikan dan penaikkan taraf fasiliti SMZA.
Persediaan ini pasti mendapat menolong pemain-pemain Harimau Malaya untuk bermain dalam perlawanan dengan kualiti yang bagus malah sorakan dari peminat-peminat juga akan berada di tahap yang tinggi dengan keselesaan yang tersedia oleh SMZA.
Peminat-peminat bolasepak negara dari Pantai Timur akan berasa teruja untuk menyaksikan perlawanan ini pada bulan Jun nanti, kita berharap Harimau boleh mempamerkan prestasi yang bagus semasa bermain di SMZA nanti.