Presiden FAM kecewa dengan prestasi skuad B-22 di Sukan SEA 2023
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan pasukan kebangsaan B-22 di temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.
Ia susulan skuad kendalian E. Elavarasan tersingkir awal dari kejohanan itu apabila sekadar menang dua kali dan seri dua kali.
“Saya dan FAM sudah tentu kecewa,”
jawabnya ringkas.
Hamidin bagaimanapun berkata akan menunggu laporan penuh daripada Elavarasan dan barisan teknikal mengenai prestasi pasukan sepanjang temasya sebelum tindakan selanjutnya dapat diambil.
“Kalau kita lihat ini adalah pertama kali Elavarasan mengemudi pasukan di Sukan SEA. Kita perlu melihat laporan penuh daripada beliau dan barisan teknikal terlebih dahulu untuk dinilai oleh Pengarah Tekinikal, ketua jurulatih Kim Pan-gon dan jawatankuasa.
Mungkin laporan itu akan siap pada minggu hadapan kerana Elavarasan sudah tahu. Jadi kita akan melihat perkara itu secara keseluruhan.”
Terdahulu, FAM telah meletakkan sasaran untuk skuad negara sekurang-kurangnya mara ke perlawanan akhir.
Dalam pada itu, Hamidin berkata skuad Harimau Muda selepas ini akan mengharungi dua lagi kejohanan pada tahun ini iaitu Piala AFF B-23 dan kelayakan Piala Piala B-23.
Beliau turut berharap pada perlawanan kelayakan nanti, dua pemain yang berpengkalan di Eropah iaitu Nooa Laine dan Luqman Hakim akan dipanggil untuk memperkuatkan pasukan.
“Kita harap persiapan B-23 pada September depan bagi kelayakan kita harap dapat akan Luqman Hakim dan Nooa Laine kerana ketika ini perlawanan berada dalam kalendar FIFA.”