Sekali lagi diserang di sosial media, mungkin ada pihak mahu jatuhkan Faisal Halim, bukannya Selangor
Pemain sayap kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim atau Mickey sekali lagi menjadi sasaran satu Facebook page mengenai gajinya serta kereta yang dipandunya.
Hantaran tersebut tertulis “Betullah dia tak pakai kereta RM500k, tapi dia pakai kereta RM450k” dengan gambar kereta berjenama Mercedes-Benz milik Faisal.
Dalam posting tersebut menunjukkan gambar kereta Faisal berjenama Mercedes Benz A180 hatchback keluaran 2019 yang berharga sekitar RM175,0000 hingga RM209,000, namun page tersebut menyangka ia merupakan Mercedes Benz jenis A45 S yang berharga kira-kira RM450,000.
Namun, Faisal membalas hantaran itu di bahagian komen dengan menegaskan bahawa page tersebut salah mengenai jenis keretanya dan menasihati page itu untuk berhenti memfitnah dirinya dan tidak lagi membuat hantaran berbaur kebencian terhadap dirinya.
Sebelum ini, dalam satu temubual selepas tewas kepada Sabah, Faisal pernah menyatakan bahawa terdapat pihak yang mahu menjatuhkan Selangor.
Mungkin serangan di media sosial seperti inilah antara sebahagian daripada cara-cara untuk menjatuhkan Selangor seperti yang dikatakan oleh Faisal.
Atau mungkin juga pihak yang disangka mahu menjatuhkan Selangor itu sebenarnya mahu menjatuhkan Faisal sendiri.
Ia mungkin benar kerana sebelum ini Faisal juga pernah diserang di sosial media oleh page yang sama mengenai gajinya yang dikatakan mencecah RM80,000.
Page itu turut membandingkan gaji Faisal dan Arif Aiman sambil menganggap kualitinya tidak layak untuk menerima gaji setinggi itu, dan Arif Aiman lebih layak mendapat gaji lebih tinggi dari Faisal.
Tidak dinafikan Faisal mempunyai haters tertentu yang tidak senang dengan dirinya yang bersikap vokal dan tidak takut menyuarakan pendapatnya.
Jadi, tidak peliklah jika terdapat pihak yang mahu menjatuhkan dirinya dengan membuat serangan peribadi terutama di media sosial.