Video sosial media jadi trend baru untuk cari bakat pemain muda baru
Media sosial kini cukup berpengaruh yang mana ia bukan sahaja menjadi medium untuk merapatkan hubungan antara manusia di mana sahaja berada, tetapi juga kini media sosial digunakan untuk pelbagai lagi tujuan termasuk perniagaan.
Dunia sukan juga tidak terkecuali apabila turut terkena tempiasnya apabila menjadi platform untuk peminat-peminat sukan mengikuti perkembangan terkini termasuk mengikuti ahli sukan kegemaran mereka.
Namun siapa sangka kini video yang tular di media sosial mampu mengubah nasib seseorang seperti pemain bola sepak cilik Afiq Shamsul yang menjadi sebutan ramai sejak video aksinya bermain bola sepak tular.
What a talented young player! 🔥 Remember the name, Aqil Shamsul 👏🏻
— Balrz.tv (@balrztv) May 12, 2023
🎥 by @AidirAidiripp https://t.co/JDavN3jIJ0#PlayOn pic.twitter.com/tInx7GsmRW
Tidak lama kemudian, kelab gergasi Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak bersama remaja berusia 13 tahun itu yang akan menyertai Akademi JDT.
JDT melihat potensi besar yang ada pada Afiq dan percaya dengan bimbingan dan latihan terbaik di JDT, pemain itu menjadi pemain bola sepak hebat satu hari nanti dan tidak mustahil mampu menjadi bintang kelab itu dan juga negara.
Nampaknya kompilasi video aksi pemain mungkin akan menjadi trend baru untuk menarik perhatian ramai supaya berpeluang untuk diserap ke kelab-kelab bola sepak.
Suntingan yang menarik menjadi antara faktor aksi pemain itu tampak cukup menarik dan memperlihatkan seperti mereka adalah prospek berpotensi.
Bagaimanapun disebalik ada kebaikannya, ia turut mempunyai keburukannya juga iaitu apakah selepas banyak kelab akan mengikut jejak langkah sama iaitu dengan melakukan scouting dengan hanya melihat sedutan-sedutan video sahaja?
Sesi percubaan atau trials tradisional yang dilakukan ketika ini masih lagi menjadi pilihan ramai remaja kerana ia adalah peluang terbaik untuk mereka memperlihatkan bakat mereka dihadapan jurulatih-jurulatih sendiri.
Namun kekurangannya adalah jumlah pemain yang terlampau ramai termasuk beberapa faktor lain menyebabkan ada pemain-pemain berbakat besar tenggelam dan terlepas pandang.
Tidak dinafikan bola sepak juga perlu bergerak seiring dengan peredaran zaman yang semakin moden, namun untuk menjadikan klip video sebagai rujukan pemilihan pemain bukan sesuatu yang efektif kerana suntingan video mampu membuatkan seseorang pemain itu tampak hebat walaupun sebaliknya.
Oleh itu, sesi trails juga perlu terus dilakukan seperti biasa namun perlu dilakukan dengan sistematik supaya tidak timbul sebarang masalah.
Sesi trails dapat memberi ruang dan peluang kepada pemain-pemain muda yang mempunyai potensi besar memperlihatkan bakat mereka kerana tidak semua mempunyai akses seperti yang ada pada Afiq.
Ucapan syabas juga kepada JDT kerana bertindak pantas dalam menandatangani pemain muda itu supaya bakat yang ada pada pemain itu dapat diasah lebih awal dan mungkin beliau mampu menjadi Arif Aiman 2.0 satu hari nanti.