Nik Akif tekad bawa pulang tiga mata penuh menentang Sri Pahang FC esok

160

Pemain Penang FC, Nik Akif Syahiran bertekad mahu mendapatkan mata penuh apabila turun menentang Sri Pahang FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur esok.

Beliau berharap semua rakan-rakan dapat memberikan yang terbaik untuk mengekalkan momentum kemenangan mereka.


“Saya harap semua pemain dapat berikan 100 peratus esok, saya mahukan tiga mata pada perlawanan tersebut.

Saya berterima kasih kepada jurulatih dan rakan-rakan yang banyak membantu saya bersama pasukan ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, beliau berkongsi pengalamannya beraksi menentang Korea Selatan pada Piala Asia B-23 tahun lalu, selepas Malaysia diundi bersama gergasi Asia itu untuk Piala Asia 2023.

Beliau menyifatkan ia sebagai satu pengalaman terbaik buat dirinya dapat beraksi pada perlawanan itu.

“Bagi saya ia adalah pengalaman terbaik kerana semua pemain berikan 100 peratus untuk buktikan Malaysia mampu bersaing dengan Korea Selatan.”

Nik Akif berkata, beliau mahu menampilkan aksi yang terbaik bersama Penang musim ini untuk mencerahkan peluang dipanggil untuk Piala Asia 2023.