Ng Ka Long kecewa Wong Tat Meng pilih untuk latih Lee Zii Jia, namun siapa yang tak mahu berbakti untuk negara sendiri

1,215

Pemain Badminton perseorangan lelaki Hong Kong, Ng Ka Long baru-baru ini meluahkan rasa kecewa kerana bekas jurulatihnya, Wong Tat Meng memilih untuk pulang berbakti pada negaranya, Malaysia untuk menjadi jurulatih kepada Lee Zii Jia.

Kehilangan itu sangat dirasai kerana beliau menganggap satu keputusan yang sukar dan tiba-tiba kepada pasukan badminton Hong Kong.


Tambahan pula, kehilangan Tat Meng adalah menjelang Sukan Asia yang akan berlangsung kira-kira 3 bulan lagi dan Sukan Olimpik pada tahun depan.

Mungkin ini boleh menjejaskan persediaan pasukan Hong Kong kerana segala persiapan telah pun dibuat sejak sekian lama, dan mereka kini terpaksa mengubah perancangan yang telah dilakukan.

Walaubagaimanapun, bagi Ka Long sendiri, Tat Meng ada sebab tersendiri mengapa beliau kembali ke Malaysia meskipun bagi pihaknya ia seperti tidak wajar.

Ka Long berharap atlet badminton Hong Kong tidak akan mudah berputus asa dan boleh terus berusaha untuk mencapai keputusan yang baik serta kekal fokus mendepani perlawan yang akan datang.

Tat Meng pasti mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau sanggup meninggalkan Hong Kong dan menjadi jurulatih kepada Zii Jia, dan keputusannya sudah pun muktamad.

Siapa sahaja yang tidak mahu berbakti kepada tanah air sendiri lebih-lebih lagi di saat pemain perseorangan lelaki utama negara, Zia Jia memerlukan khidmat jurulatih selepas bergerak secara bebas selama beberapa bulan.

https://www.instagram.com/p/CslZ6lhy2E0/

Mungkin beliau menganggap sudah cukup jasa beliau ditaburkan di luar negara, dan kini masanya untuk beliau berbakti kepada tanah air sendiri dalam misi mendapatkan pingat emas sulung untuk Malaysia di Sukan Olimpik.

Dalam situasi ini, Tat Meng akan mula menjadi jurulatih Zii Jia sebaik sahaja proses perpindahan dari Hong Kong ke Malaysia diselesaikan.

Tat Meng dilihat sebagai seorang jurulatih yang tepat membimbing Lee Zi Jia agar pemain itu kembali menunjukkan potensi besar sebagai seorang pemain berkelas dunia dan merupakan salah seorang pemain terbaik dunia.