Kejayaan Kyogo Furuhashi, Ange Postecoglou dominasi liga Scotland bukti ‘baka’ Asia mampu bersaing di Eropah
Duo pemain dan pengurus Celtic FC, Kyogo Furuhashi dan Ange Postecoglou yang membantu pasukan itu meraih kejuaraan Liga Scotland musim ini masing-masing telah dinobatkan sebagai pemain dan pengurus terbaik Liga Scotland.
Pencapaian mereka itu pastinya membanggakan bola sepak di benua Asia kerana masing-masing berasal dari negara yang bernaung di bawah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Jepun (Furuhashi) dan Australia (Postecoglou).
Kejayaan mereka ini menunjukkan bahawa kualiti bola sepak di Asia bukanlah di tahap yang rendah dan tidak mampu bersaing di liga Eropah.
Mereka membuktikan bahawa pemain Asia bukan sahaja boleh berjaya di liga Eropah tetapi turut menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.
Persembahan yang ditunjukkan oleh pemain berasal dari jepun, Kyogo Furuhashi selayaknya mendapat pengitirafan setanding dengan pemain ternam bola sepak Eropah.
Walaupun baru sahaja menyertai kelab itu selama dua musim, beliau kini sudah membuktikan bahawa dirinya mempunyai potensi untuk menjadi seorang bintang Asia di Eropah, mengikut jejak pemain-pemain seperti Shunsuke Nakamura, Keisuke Honda, Park Ji-sung, Son Heung-min dan lain-lain.
Postecoglou pula telah membawa Celtic FC memenangi kejuaraan liga Scotland buat kali kedua berturut-turut dengan selesa mengatasi seteru mereka, Rangers.
Beliau mendahului lapan mata di puncak liga dengan baki dua perlawanan, menunjukkan bahawa benua Asia bukan sahaja mampu melahirkan pemain yang hebat tetapi juga jurulatih yang berjaya.
Kejayaan ini boleh menjadi contoh kepada AFC untuk memberi sokongan kepada pemain dan pengurus menunjukkan kemampuan bermain di liga Eropah bertepatan dengan usaha membawa naik pemain dan pegurus berbakat besar di seluruh dunia.
Pencapaian kedua-dua individu ini juga boleh memberi motivasi buat pemain-pemain Asia lain untuk berani berkelana di luar negara untuk mencabar diri mereka dan membuktikan bahawa bakat-bakat dari Asia juga mampu berdiri setanding Eropah