Keputusan pengadil sebabkan kami tidak dapat tiga mata – Manuel Hidalgo

711

Pemain Kedah Darul Aman FC, Manuel Hidalgo merasakan bahawa keputusan pengadil memberi kesan terhadap perlawanan menentang Selangor FC, menyebabkan pasukannya tidak dapat membawa pulang tiga mata.

Beliau merasakan bahawa insiden kad merah ke atas Kamil Akmal pada minit ke-75 tidak begitu meyakinkan tetapi menganggap ia sebahagian daripada bola sepak.


“Ia perlawanan yang sukar, saya rasa kami telah berusaha dengan baik tetapi keputusan pengadil agak mengecewakan dan menyebabkan kami tidak dapat tiga mata.

Saya tak tahu sama ada ia kad merah, tetapi ia adalah sebahagian daripada bola sepak, apa-apa boleh berlaku,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Kedah tewas 3-2 kepada Selangor pada perlawanan tersebut selepas dua kali berada di hadapan.

Beliau mengakui bahawa Kedah melakukan beberapa kesilapan pada perlawanan itu yang menyebabkan Selangor boleh bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali.

Sementara itu, Hidalgo berkata bahawa beliau ada mendengar mengenai khabar angin bahawa beberapa kelab dari Indonesia berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Saya juga ada dengar khabar angin itu tetapi saya tidak menerima sebarang tawaran.

Dalam kepala saya ketika ini hanyalah Kedah, fokus saya hanya bersama kelab ini, jadi saya akan kekal di sini.”