Oscar Riera adalah individu yang bertanggungjawab bawa Philippe Coutinho ke La Liga

187

Penasihat Teknikal Kerteh FC, Oscar Riera merupakan individu yang bertanggungjawab dalam yang membawa masuk pemain bintang terkenal Philippe Coutinho ke La Liga untuk beraksi bersama Espanyol.

Menurut Riera, ketika ini Couthinho baru berusia 19 tahun apabila menandatangani kontrak bersama Espanyol untuk tempoh yang singkat namun berjaya memberi impak cukup besar.


“Philippe Coutinho ketika itu baru berusia 19 tahun ketika beliau menandatangani kontrak bersama Espanyol hanya untuk enam bulan kerana beliau tidak dapat minit permainan di Inter Milan dan kelab itu hantarnya ke sini.

Beliau yang masih muda memperlihatkan kehebatannya apabila menjaringkan banyak gol bersama Espanyol untuk musim tersebut sebelum beliau kembali ke Inter Milan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Couthinho kemudian telah berhijrah ke Liverpool, Barcelona, Bayern Munich dan kini beraksi bersama Aston Villa.

Sepanjang karier pemain itu, beliau telah berjaya memperoleh pelbagai bersama kelab dan negaranya.

Riera juga memuji sikap pemain itu yang mengenang jasa bekas kelabnya itu apabila Espanyol membuka 14 cawangan akademi bola sepak di Brazil.

“Apabila Espanyol membuka 14 akademi di sekitar Brazil, beliau memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan gambarnya untuk kanak-kanak di sana termasuk memberi kata-kata semangat kepada mereka dengan berkata; ‘anda boleh berlatih bersama mereka (Espanyol) kerana berpeluang untuk ke Espanyol dan bermain di kelab itu seperti saya’.

Bagi saya Coutinho adalah seorang pemain dan individu yang cukup hebat.”

Dalam pada itu, Riera yang merupakan Penasihat Teknikal untuk kelab Kerteh FC turut mempunyai perancangan untuk membawa sekurang-kurangnya seorang pemain dari kelab itu untuk berlatih dan bermain di liga Sepanyol.