Kami akan rindu ketiadaan Brendan Gan, beliau pemimpin dalam pasukan Selangor – Alex Agyarkwa
Pemain tengah Selangor FC, Alex Agyarkwa mengakui ketiadaan Brendan Gan pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan esok memberi kesan kepada pasukan.
Katanya, Brendan Gan adalah seorang pemimpin dalam pasukan, dan kehadirannya sentiasa memberi motivasi tambahan untuk para pemain.
“Sudah tentu kami akan merasai ketiadaan Brenda Gan, beliau adalah pemimpin bagi kami.
Setiap kali beliau bermain ia akan beri motivasi yang tinggi kepada kami, jadi pastinya kami akan rindukannya dan berharap beliau akan kembali dengan lebih kuat,”
katanya.
Jelasnya, beliau tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan gandingan lain di bahagian tengah kerana sudah memahami gaya permainan masing-masing.
Beliau berkata, mereka sudah berlatih bersama selaman tidak bulan jadi mereka sudah biasa dengan setiap pemain.
Sementara itu, beliau menyasarkan untuk menjaringkan lebih banyak gol, termasuklah ketika menentang Negeri Sembilan esok.
“Tiga tahun saya di sini, dan saya sentiasa mahu menjaringkan gol, sebagai pemain anda kadang-kadang bermain baik dan buruk, tetapi pastinya anda mahu jaringkan gol.”
Beliau menjangkakan perlawanan menentang Negeri Sembilan esok akan menjadi sukar, namun berharap mereka akan layak ke pusingan seterusnya.