Jordan Mintah sangat gembira apabila Syafiq Ismail dapat jaringkan gol

178

Pemain penyerang Terengganu FC, Jordan Mintah meluahkan rasa gembiranya apabila rakan sepasukan Syafiq Ismail dapat menjaringkan gol pada perlawanan suku akhir Piala FA menentang Kelantan FC.

Terengganu memperlihatkan dominasi mereka untuk memastikan kemenangan 4-2 berpihak kepada mereka dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.


Mintah berkata sebagai pemain import, beliau bertanggungjawab untuk memberi semangat dan dorongan kepada pemain tempatan apabila mereka tidak beraksi dengan baik dan oleh sebab itu beliau sangat gembira dengan prestasi Syafiq Ismail.

“Bagi saya perkara yang paling penting adalah untuk terus beri sokongan dan dorongan kepada pemain tempatan kerana kadang-kala mereka akan rasa down, jadi saya perlu beri sokongan kepada mereka.

Jadi hari ini saya sangat gembira apabila Kacang (Syafiq Ismail) dapat menjaringkan gol kerana beliau sebelum ini sering berasa kecewa apabila tidak dapat jaringkan gol. Ini adalah hari paling gembira buat saya,”

katanya.

Mintah turut berkata beliau akan sentiasa memberikan aksi terbaiknya untuk bantu skuad Sang Penyu untuk memperoleh kemenangan kerana beliau menganggap Terengganu sebagai rumah keduanya.

Dalam pada itu, beliau juga meletak sasaran untuk pasukannya mengulangi kejayaan pada musim lalu untuk sekali lagi layak ke perlawanan akhir Piala FA.

“Untuk mencapai sasaran layak ke perlawanan akhir kita perlu lakukan sebagai satu pasukan dan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan sekaligus mahu bawa Terengganu ke perlawanan akhir.”